Tulang Sihat

amaxifood-bone-health-pic
Tulang sihat adalah lebih penting daripada apa yang anda sangkakan

Tulang merupakan organ yang tegar dan kukuh dimana ia merupakan sebahagian daripada rangka vertebrata. Tulang berfungsi dalam memberi sokongan dan perlindungan kepada pelbagai organ dalaman seperti jantung, hati dan paru-paru. Tulang juga amat penting dalam menghasilkan sel-sel darah merah dan putih, menyimpan mineral, menyediakan struktur dan sokongan untuk badan, dan juga membenarkan pergerakan tubuh badan.

Jadi amat penting bagi kita untuk menjaga kesihatan tulang agar sentiasa sihat dan cerdas.

Kanak-kanak, remaja, dan kumpulan dewasa muda adalah masa yang kritikal bagi seseorang untuk mencapai kesihatan tulang yang optimum. Jika kita membina tulang yang kuat ketika masih muda, ini memberikan badan kita lebih jisim tulang untuk bertahan lebih lama apabila kita semakin tua. Jadi ini amat PENTING dalam membantu mengurangkan risiko penyakit tulang seperti OSTEOPOROSIS (apabila tulang lebih mudah terdedah kepada retak dan pecah).

KUNCINYA IALAH KALSIUM

Kalsium mineral diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Kalsium juga memainkan peranan penting dalam menghantar isyarat saraf, membantu dalam pembekuan darah, pengecutan dan pengembangan otot, mengawal degupan jantung, dan pelepasan hormon. Kalsium boleh dijumpai dalam sel-sel saraf, tisu badan, darah, dan lain-lain.

Badan kita tidak dapat menghasilkan kalsium dengan sendiri. Oleh itu, kalsium perlu diperolehi dari pemakanan dan diet seharian. Jika diet anda rendah dengan kalsium, dan badan anda memerlukannya untuk membantu saraf, otot, atau fungsi sistem peredaran darah, kalsium terpaksa diambil dari bahagian tulang, yang mana boleh menyebabkan kerosakan yang lebih teruk kepada badan anda.

Bone-Health-3-OGR

VITAMIN D

Anda juga memerlukan vitamin D untuk menyerap dan menggunakan kalsium.

FOSFORUS & MAGNESIUM

Fosforus dan magnesium amat penting dalam menyimpan kalsium dan melarutkan kalsium dalam darah. Ia juga penting kerana membantu dalam penyerapan kalsium.


SUPPLEMENT PENTING UNTUK TULANG YANG SIHAT..

Untuk memenuhi keperluan mineral yang secukupnya bagi tulang anda, anda boleh mengambil OsteMatrix.

Farah Bakerara- 017-3329016

OsteMatrix mengandungi:

  1. Kalsium: bahan asas untuk membina tulang
  2. Magnesium: membantu menghantar kalsium kepada tulang
  3. Vitamin D: merangsang penyerapan kalsium
  4. Boron: membantu metabolisma tulang
  5. Kuprum, zink & mangan: mengaktifkan enzim yang membantu meningkatkan kepadatan tulang

Jadi, pengambilan OsteMatrix amat disarankan kepada semua golongan umur sebagai tambahan kepada diet seharian kita.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila watsapp Farah Bakerara: 017-3329016, atau PM saya di facebook page saya.

Sayangi tulang anda!!!

 

Advertisements